Smlm aku tgk wawancara Syed Azmi di Awani. Kagum dgn dia..dia bukanla seorang yang jutawan..tapi dia willing buat kerja2 amal walaupun seorang.
Lepas tu mlm tadi, baru aku mcm perasan..aku dah lama x bkenan cara husband aku menderma..both of us ada menunaikan kewajipan kami kepada masyarakat..kami sendiri mcm segan nak hidup mewah..kami pakai kereta biasa, baju biasa dan hidup mcm org biasa...biasa maksudnya sederhana..
Aku kalu menderma atau berbuat amal..aku lebih suka turun sendiri dan bantu direct terus pada org yang memerlukan..apa yang aku x sejiwa dengan suami ialah beliau suka membahagi2kan dana pada orang tengah..dan orang tengah yang menguruskan..
Apa yang aku puji pasal suami aku ni..dia x pernah kedepan atau memunculkan diri dalam menderma..dia lebih suka beri dari belakang tabir..maksudnya kalau boleh dia X nak orang tahu bahawa dia adalah penderma itu..aku sangat faham niat dia..tapi sebagai seorang isteri aku rasa perasaan was2 kalau2 dana itu tidak sampai pada yang berhak..tragis kan aku??
Masa mula2 kawin, ada kawan bertanyakan sama ada kami mahu ambil anak angkat untuk ditaja pembelajaran mereka di satu negeri di pantai timur..setahun ada beberapa amount rm utk seorang..total sekarang kami ada 5 anak angkat..dahi aku berkerut walaupun dah 3 tahun pengambilan anak angkat ni tapi aku belum pernah tengok muka mereka..hanya wang disalurkan..husband tak kisah..tapi aku mcm kisah...nak tgk rupa mereka bagaimana..tapi x pe..biarlah niat husband diberkati dan dirahmati Allah..
Cuma ada satu je yang aku ingat husband turun sendiri..ni yang masa time Kelantan dilanda musibah banjir..aku x ikut..lagipun mana ada space utk aku duduk dah..korang tgk la tu..aku cuma tolong pi beli barang2 je..ni dia pergi sendiri ke kawasan Kuala Krai dan Pasir Mas..syahdu rasa tgk husband sendiri pergi mlm2 bawak bantuan..telefon orang sana apa yang mereka perlukan..sampai sekarang dah setahun masih husband ada menyampaikan dana2 untuk membantu mereka..ohh..storm overload tau..kena saman dgn polis..polis x kira dah bantuan ni urgent atau tidak..xpela..redha..
Selain daripada tu..dana atau zakat disalurkan pada orang Acheh, pusat2 tahfiz di 2-3 negeri..Pada bulan puasa pula, menaja makanan berbuka di surau2 yang dicadangkan oleh kawan2 beliau..Ok..for me still x memunculkan diri dan kedepan...tapi lama2 aku ajar diri aku jadi redha dengan niat ikhlas suami..
Aku sendiri ada cara aku..yang mana kalau cara suami sama dengan cara aku..aku lebih suka..aku lebih suka berada dekat pada mereka yang memerlukan..aku pernah tunggu pengemis balik dan tawarkan diri nak hantar balik..masa tu pengemis dengan anak2 3 orang yang berumur dari 3-7 tahun..berbekalkan debit card suami aku belikan dulu barang makanan dan barang dapur terus aku hantar dorang balik..siapa sangka..mereka yang yang aku hantar balik ialah anak2 lorong..yes..aku x pernah berada di lorong haji taib seorang diri..kali ni seorang..sbb aku nak tgk kat mana dorang tinggal..otw balik aku menangis...sedih..sampai sekarang husband xtau pun aku hantar dorang balik..kalau x mesti dia terkejut aku pilih utk berada sedekat itu..
Mmg cara aku ngan husband berlainan..aku pilih utk terus pada mereka yang memerlukan..kalau xda duit pun cukupla sekadar roti or sebungkus nasi dan air sekotak utk dibahagi2kan pada gelandangan...aku pernah balik mlm selepas kerja sebab mencari orang yg aku tgk mcm susah..cth mcm situasi..smlm aku bawa kereta aku nmpk orang cari2 kotak dgn baju comot...kereta aku x dpt berhenti mendadak...so, selalu agenda tu aku simpan untuk besok..kalau ahli keluarga aku da sedia maklum aku akan korek2 handbag da berhenti pada sesiapa..musim raya ni x ralat sgt..letak saja dalam angpau..dorang terima..hari biasa kena pujuk untuk terima..susah sikit..kalau ada yang meniaga tapi aku tgk kedai orang tu kurang dapat sambutan pun aku pergi jugak tanda sokong..adik aku tau kdg2 aku bawa balik makanan yg aku x suka makan..mesti dorang dpt agak aku beli kat kedai yang xda sambutan..
Sampai sekarang aku tgk husband x pernah kisah nak tgk news kat tv..dia x kisah pun pasal politik,1mdb ke ape, tukar pm ke ape..janji dia ada pekerjaan untuk dilakukan dan boleh share2 rezeki dengan orang yang memerlukan..raya tahun ni pun kitaorang lebih bsederhana..di fb selalu orang menunjuk paperbag branded yg diaorang beli dgn caption "reward untuk diri sendiri"..x sure paperbag tu nak tuju pada siapa tgk..tapi rasanya x perlula kut..pakai kereta apa..rumah mewah mcm mana..makan pakai baju apa..itu utk kepuasan sendiri...biar sendiri je yang rasa..yg tragisnya ada kawan yg muat naik photo shopping di LaSenza..ohh ok..we all faham before this ko hanya pakai Scarlet yang rm10 tu kan..but..nak tunjuk pada siapa? tu kan baju di dalam..kalau nak tunjuk pada suami tidak perlula di instagram kan..kan..ke aku salah??
N3 ni bukan guna utk menunjuk yang 'eh..mcm ko sorang je baik' tapi bak kata wawancara semalam..kita cerita pada orang supaya memupuk bahawa orang lain pun boleh buat seperti atau lebih dari kita..Allah salurkan pada kita rezeki utk kita tak jadi tamak makan sorang..tapi Allah nak tengok cara kita kendalikan rezeki yang diberi..Aku kadang2 nak menderma pada pengemis..aku kirim pada rakan2 ofis kalau aku tau dorang akan lalu kawasan yang ada pengemis..x banyak kdg2 cuma rm3 je...tapi aku berkongsi pahala dengan orang yang aku kirim..dalam masa yang sama kawan ofis aku yg tolong aku letak dalam cawan pengemis pun dapat pahala juga..senang kan nak cari pahala?
Di kesempatan ini..apa aku nak kata..ekonomi kita tidak stabil sekarang..semua orang dapat agak..kalaula sekarang parlimen dibubarkan..kerajaan pasti bertukar..aku tak tau..tapi aku tengok rakyat dah mula tertekan..ye..rakyat masih makan kfc dan shopping raya..tapi tu semua bukan penanda aras rakyat senang..pasal gst..aku lagi suka kalau kerajaan kenakan cukai senyap2 di belakang..dan apa yg ada di depan kita tu cuma harga barang yang naik..rakyat cuma tahu harga barang naik tapi x tahu meraka adalah pembayar cukai..bila mereka tahu mereka adalah pembayar cukai jadi mereka berhak tahu ke mana wang dibelanjakan..aku? mls nak amik tahu..buat hal sendiri je..
Aku ada beberapa misi kalau aku ada lebihan duit..bukan kalau aku kaya..kaya adalah subjektif..
misi aku ialah nak tolong orang susah kat Malaysia..tolong gelandangan..mereka adalah rakyat yang termiskin di Malaysia..aku nak buat pangsapuri dgn ratusan rumah..dan tempatkan mereka..then jadi mcm jobstreet..carikan mereka kerja yang sekarang diisikan dengan warga asing..x kisahla menukang ke apa..janji dah carikan kerja..kalau x berjaya jugak tu adalah penyakit m..malas..then sediakan satu rumah utk org nak buang anak..korang bole bagi je anak korang dan pergi..aku mls nak tnya psl akidah ke apa..surat beranak or apa2..tinggalkan anak itu dan pergi..dari korang dok buang, kerat and tanam..rumah tu aku nak buat mesra manusia..x kisahla dgn dosa ko..tu antara ko dengan tuhan..tapi anak tu biar aku bela..or bagi kat orang yagn memerlukan..skang ni agaknya org yang buang2 anak ni malu nak letak kat mana2..yela..sah2 sok masuk berita..then kena tangkap pulak kalu dikesan..
Tu je la harapan aku..semoga dipermudahkan..misi dan nawaitu tu penting..terlaksana atau x..kita usaha biar Allah tentukan...