Tuesday 19 May 2009

Penang 2009

Aku jarang pergi Penang…seingat aku ni kali ke-3..tapi sebelum ni tak jalan2 coz mmg ada hal kat Penang dulu coz 2 tahun lepas alang2 antar adik aku ke UiTM Penang. First time kali ni, naik feri dgn kereta…aku exited gak la..dan kebatakskan aku mmg nampak..kami sampai Jeti dl pukul 10:30 mlm..

Kali ni kami buat keputusan nak bermalam di Teluk Bahang…bukan di tepi pantai tapi di sebuah chalet berdekatan dgn jeti nelayan…depan laut la..Sebelum cek in..kami pekena western food kat simpang tiga Teluk Bahang tu..sedap jugak persis hotel2..aku order Lamb Chop..After bersembang…kami cek in…tak banyak aktiviti boleh dibuat coz dah malam kan..jadi duduk luar chalet sambil dengar ombak jap..pastu kul 1 masuk tido…



western food batu feringgi(our dinner meals)

suasana depan chalet..waktu subuh..

Esoknya pagi2 aku dah bangun…sebelum mandi duduk kat luar sambil tengok suasana laut pagi dan pergerakkan bot2..pastu kul 8 aku masuk mandi..dan kami pekena nasi lemak dan bihun goreng kat warung dkt chalet tu…pastu kami teruskan perjalanan naik bot ke Pulau Kerachut..pulau ni tak leh pegi naik kereta..kena pegi naik bot or trekking selama 1 ½ jam..Ape yang menarik kat sini..jom kita tengok…






tasik ni leh nampak masa air pasang je..kat dunia ada 19 je tasik ni..uniknya tasik ni ialah gabungan air masin & air sungai...

Lepas balik dari pulau..mandi dan pekena Mee Rebus Penang & Pasembor. Ini kali pertama aku try…okla..walaupun aku tak biasa..Pasembor lebih krg rojak mamak..tapi manis sikit..

pasembor
mee rebus penang


Dalam pukul 3..kami cek out..destinasi kali ke Bukit Bendera…dari Teluk Bahang..kami ikut Balik Pulau..satu pengalaman baru untuk aku kerana teruja tengok lambakan dusun durian di kawasan lereng bukit…gerai durian pun dah start ada..walaupun 2 bulan lagi baru musimnya..kami berenti di hentian Balik Pulau untuk rehat sekejap dan menikmati durian…harga durian yang ‘abg’ kami belanja ni..dlm RM43 sebiji…gulp..kalu aku sorang tak beli la kut..tapi rasa durian tu mmg best...






kunjungan pertama ke Bukit Bendera….suasana hujan dan sejuk mcm genting je…






suasana malam..




Sebelum bertolak balik, singgah kat Batu Uban untuk Alaskan perut dengan seafood…







lastly..licin...yumm..yumm..


Dalam kul 2:45 aku sampai rumah…lepas tido beberapa jam…bangun dan pegi keje cam biasa...

Monday 18 May 2009

Tasik Banding


Last weekend schedule full..kali ni kami(bersama2 dgn azreen & 'abg'(identiti dirahsiakan coz he is super vip..he..he..) berjalan dari KL ke Tasik Banding, Grik & seterusnya ke Penang.Start dari Sabtu bertolak dalam pukul 11 pagi ke Tasik Banding, Grik..purposenya untuk tgk tmpat yang bakal kami organize Team Building for company. Kepada sesiapa yang tak pernah pergi Tasik Banding ni, korang pergilah....ni kali ke-2 aku pergi..1st aritu trekking dalam Hutan Belum. Tasiknya sangatlah luas dan agak dalam..dgr cerita di dlu ada sebuah kampung yang siap dgn masjid..tapi skang kampung tu dah tenggelam jauh ke dasar tasik..korang baca la sejarah kat bawah ni nanti...

Trip kali ni ada sikit dugaan tapi kami no hal..enjoy je..dlm keta masa on the way ke Grik after Lenggong..kami mengumpat pasal ada seorang tua yang kami kenal ni kaki ngorat pompuan..tiba2 TUP..! Bunyi mcm terpijak batu..pastu aircond makin lama makin panas..’abg’ kitaorg berenti dan tengok2 tayar..aku pun sama kuar tengok2 tayar..walaupun aku tak dapat nak agak ape..pastu tgk ok je..bila start balik..tgk temperature naik…bila cek air kering..pastu kami masukkan air mineral yang mmg utk kami minum dlm keta tu…bila masuk air tgk tak penuh2 pun tank tu..bila jenguk bwh rupa2nya tank/tube bocor daa..nasib baik ‘abg’ kami tu ada contact…x lama lepas tu ada la pomen datang…pastu teruskanlah perjalanan kami ke Tasik Banding…

sempatkami posing ni..

tgk..tak gelabah pun..rilek je duduk mcm tunggu turn nak kena jual..

da dtg dah pomen ni..

After tengok2 ape yg patut kat Pulau Tali Kail tu, kami bertolak balik ke jeti. Masa tu hujan renyai jugakla…Dalam pukul 8 kami mulakan perjalanan ke Penang…





Taman Negeri Royal Belum adalah tempat istirehat yang tepat kerana tidak ada yang lebih menakjubkan selain berpeluang menyingkap misteri serta khazanah flora dan fauna di situ yang menawarkan pengalaman ekologi hidupan liar serta keajaiban hutan hujan tropika yang tiada tandingannya. Kawasan ini hanya boleh dihubungi melalui pengangkutan air dari Pulau Banding dan perjalanannya mengambil masa selama kira-kira satu jam setengah. Kembara menyusuri Royal Belum melalui Tasik Banding memang sesuatu yang mencabar dan pastinya nostalgia akan terus menggamit untuk berkunjung lagi.


HUTAN hujan tropika tidak terusik di Lembah Belum

‘Aura’ Royal Belum cukup mempesonakan bukan semata-mata kerana kehijauannya, tetapi ketenangan yang dirasai serta bunyi-bunyian unggas yang kedengaran. Bagi pencinta alam, Royal Belum bagaikan sebuah buku bergambar yang luar biasa dan menakjubkan.
Misteri di sebalik kekayaan habitat flora dan fauna di situ dikatakan ada hubungan kait dengan legenda asal-usul Belum. Nama Hutan Belum diambil dari nama asal perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi enam perkampungan kecil yang wujud sejak 1952.
Kampung Belum itu sendiri pula dikatakan mendapat nama sempena bunyi "belum...belum..." daripada sejenis belalang hijau besar yang banyak menghabiskan masa di pucuk pokok rotan.
Lembah Belum yang mempunyai panorama sungguh menarik meliputi tasik buatan manusia terbesar berukuran 70 kilometer (km) panjang dan 18,000 hektar lebar iaitu Tasik Banding.
Tasik Banding yang terletak 2,000 meter dari aras laut itu juga mengandungi empat empangan terdiri daripada Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh.
Tasik Banding turut mempunyai 20 pulau buatan yang pada asalnya puncak bukit dan terletak kira-kira 50 km dari Bandar Grik, 80 km dari Pekan Jeli, 183 km dari Ipoh dan 440 km dari Kuala Lumpur.
Royal Belum menjadi habitat beberapa spesies mamalia antaranya harimau belang, gajah, seladang, badak, kerbau, tapir, beruang, harimau kumbang, siamang, rusa dan kijang selain dihuni oleh 200 spesies burung terdiri daripada 38 keluarga antaranya enggang, kuang raya, bangau dan murai. Ia juga menjadi habitat bagi spesis reptilia seperti biawak, ular, mengkarung dan cicak.
Kunjungan ke Tasik Banding juga tidak sah jika tidak meletakkan umpan pancing kerana pelbagai ikan bermain jinak di permukaan air yang sesekali menyambar unggas di gigi tebing, sekali gus menyebabkan si kaki pancing bertambah geram.
Satu lagi tarikan yang ada di Royal Belum ialah Bunga Pakma atau lebih dikenali sebagai Rafflesia iaitu bunga yang dianggap terbesar di dunia. Spesies Rafflesia yang terdapat di Royal Belum ialah rafflesia azlanii, rafflesia cantleyi, rafflesia hasseltii dan rafflesia kerrii.
Tidak ramai yang tahu di sebalik tasik buatan manusia pada 1978 itu, terdapat kira-kira 8,000 Orang Asli dari suku kaum Semai dan Jahai membina rumah di pulau dan sekitar tasik yang menambahkan lagi keunikan kawasan berkenaan.
Justeru, kunjungan ke Royal Belum tidak sempurna jika tidak melawat perkampungan Orang Asli antaranya Kampung Pulau Chueh, Chiong, Pulau Tujuh, Terhong, Kampung Tebang dan Kampung Sungai Kejar.
Beberapa rumah dan pondok orang asli ini dapat dilihat dengan jelas apabila menyusuri Tasik Banding sama ada menaiki bot, tongkang atau rumah rakit bergerak yang disediakan beberapa pengusaha pusat percutian di sana.
Selain binatang liar, jenut juga menjadi daya tarikan di Royal Belum. Jenut adalah satu lopak, sama ada kering atau berair dalam hutan yang berfungsi sebagai tempat membekalkan garam galian atau mineral kepada pelbagai spesies hidupan liar seperti rusa, kijang, gajah dan seladang.
Dipercayai air berkenaan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihidapi oleh haiwan liar itu. Terdapat beberapa jenut di Royal Belum iaitu Jenut Rambai, Kejar, Atap, Batu, Papan dan Kuak.
Untuk memasuki kawasan Royal Belum pengunjung dikehendaki memohon permit melalui Perbadanan Taman Negeri Perak sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh kemasukan. Sebarang aktiviti eko-pelancongan, penyelidikan dan rekreasi adalah berbentuk ‘low impact’ dan mesra alam. Pihak taman negeri mengehadkan jumlah kemasukan pengunjung tidak lebih 25 orang pada satu-satu masa dan tidak lebih daripada dua kumpulan dalam satu minggu.

Aktiviti eko-pelancongan:

Jungle Trekking @ Menyusur Belantara. Perjalanan dalam hutan bersama pemandu yang berpengetahuan dan berpengalaman untuk melihat kepelbagaian flora dan fauna melalui anak-anak sungai.

Pengunjung akan dibawa melihat sira (jenut) iaitu kawasan garam nutrien yang sering dikunjungi oleh hidupan liar. Di sana pengunjung berpeluang melihat beberapa kesan tapak kaki hidupan liar seperti kijang, tapir, gajah, rusa dan juga seladang.

Selain itu, pengunjung juga akan dibawa melihat bunga rafflesia dan menikmati pemandangan air terjun yang indah di Taman Negeri Royal Belum. Berkhemah. Taman Negeri Royal Belum menyediakan tapak perkhemahan di kawasan Sungai Kejar di mana di kawasan itu disediakan beberapa kemudahan seperti jeti, wakaf, dewan, tempat memasak, tempat makan, tandas dan bilik air. Memerhati burung. Tempat sesuai bagi mereka yang gemar memerhati burung. Paling mudah dikenali ialah burung enggang dengan paruhnya yang besar dan bunyi kibasan sayap yang kuat. Pengunjung juga berpeluang melihat ratusan burung enggang berterbangan secara berkumpulan selain dapat melihat gelagat burung berterbangan membuat sarang dan mencari makan.

Memerhati hidupan liar. Berbeza dengan hutan savana di Afrika, hidupan liar di hutan hujan tropika tidak mudah dilihat. Untuk melihat hidupan liar ini, seseorang itu perlulah bersedia untuk menghabiskan masa berjam-jam menunggu dan memerhati dengan sabar di bumbun iaitu tempat memerhati hidupan liar yang disediakan oleh Taman Negeri yang terletak berhampiran dengan jenut (salt lick).

Memancing. Taman Negeri Royal Belum dikelilingi oleh tasik dan juga sungai, ini menjadikannya ‘syurga’ si pengail. Mereka mempunyai pilihan sama ada memancing di tepi sungai ataupun di tasik. Royal Belum terkenal dengan ikan kelah, ikan sebarau dan ikan tengas sejenis spesies yang jarang ditemui. Menurut peminat aktiviti memancing, umpan yang paling baik bagi ikan-ikan ini ialah buah-buahan tempatan dan juga umpan tiruan.


kenangan di hutan belum...