Tuesday 21 July 2015

Tidak Suka Cara Suami Menderma


Smlm aku tgk wawancara Syed Azmi di Awani. Kagum dgn dia..dia bukanla seorang yang jutawan..tapi dia willing buat kerja2 amal walaupun seorang.

Lepas tu mlm tadi, baru aku mcm perasan..aku dah lama x bkenan cara husband aku menderma..both of us ada menunaikan kewajipan kami kepada masyarakat..kami sendiri mcm segan nak hidup mewah..kami pakai kereta biasa, baju biasa dan hidup mcm org biasa...biasa maksudnya sederhana..

Aku kalu menderma atau berbuat amal..aku lebih suka turun sendiri dan bantu direct terus pada org yang memerlukan..apa yang aku x sejiwa dengan suami ialah beliau suka membahagi2kan dana pada orang tengah..dan orang tengah yang menguruskan..

Apa yang aku puji pasal suami aku ni..dia x pernah kedepan atau memunculkan diri dalam menderma..dia lebih suka beri dari belakang tabir..maksudnya kalau boleh dia X nak orang tahu bahawa dia adalah penderma itu..aku sangat faham niat dia..tapi sebagai seorang isteri aku rasa perasaan was2 kalau2 dana itu tidak sampai pada yang berhak..tragis kan aku??

Masa mula2 kawin, ada kawan bertanyakan sama ada kami mahu ambil anak angkat untuk ditaja pembelajaran mereka di satu negeri di pantai timur..setahun ada beberapa amount rm utk seorang..total sekarang kami ada 5 anak angkat..dahi aku berkerut walaupun dah 3 tahun pengambilan anak angkat ni tapi aku belum pernah tengok muka mereka..hanya wang disalurkan..husband tak kisah..tapi aku mcm kisah...nak tgk rupa mereka bagaimana..tapi x pe..biarlah niat husband diberkati dan dirahmati Allah..

Cuma ada satu je yang aku ingat husband turun sendiri..ni yang masa time Kelantan dilanda musibah banjir..aku x ikut..lagipun mana ada space utk aku duduk dah..korang tgk la tu..aku cuma tolong pi beli barang2 je..ni dia pergi sendiri ke kawasan Kuala Krai dan Pasir Mas..syahdu rasa tgk husband sendiri pergi mlm2 bawak bantuan..telefon orang sana apa yang mereka perlukan..sampai sekarang dah setahun masih husband ada menyampaikan dana2 untuk membantu mereka..ohh..storm overload tau..kena saman dgn polis..polis x kira dah bantuan ni urgent atau tidak..xpela..redha..



Selain daripada tu..dana atau zakat disalurkan pada orang Acheh, pusat2 tahfiz di 2-3 negeri..Pada bulan puasa pula, menaja makanan berbuka di surau2 yang dicadangkan oleh kawan2 beliau..Ok..for me still x memunculkan diri dan kedepan...tapi lama2 aku ajar diri aku jadi redha dengan niat ikhlas suami..

Aku sendiri ada cara aku..yang mana kalau cara suami sama dengan cara aku..aku lebih suka..aku lebih suka berada dekat pada mereka yang memerlukan..aku pernah tunggu pengemis balik dan tawarkan diri nak hantar balik..masa tu pengemis dengan anak2 3 orang yang berumur dari 3-7 tahun..berbekalkan debit card suami aku belikan dulu barang makanan dan barang dapur terus aku hantar dorang balik..siapa sangka..mereka yang yang aku hantar balik ialah anak2 lorong..yes..aku x pernah berada di lorong haji taib seorang diri..kali ni seorang..sbb aku nak tgk kat mana dorang tinggal..otw balik aku menangis...sedih..sampai sekarang husband xtau pun aku hantar dorang balik..kalau x mesti dia terkejut aku pilih utk berada sedekat itu..

Mmg cara aku ngan husband berlainan..aku pilih utk terus pada mereka yang memerlukan..kalau xda duit pun cukupla sekadar roti or sebungkus nasi dan air sekotak utk dibahagi2kan pada gelandangan...aku pernah balik mlm selepas kerja sebab mencari orang yg aku tgk mcm susah..cth mcm situasi..smlm aku bawa kereta aku nmpk orang cari2 kotak dgn baju comot...kereta aku x dpt berhenti mendadak...so, selalu agenda tu aku simpan untuk besok..kalau ahli keluarga aku da sedia maklum aku akan korek2 handbag da berhenti pada sesiapa..musim raya ni x ralat sgt..letak saja dalam angpau..dorang terima..hari biasa kena pujuk untuk terima..susah sikit..kalau ada yang meniaga tapi aku tgk kedai orang tu kurang dapat sambutan pun aku pergi jugak tanda sokong..adik aku tau kdg2 aku bawa balik makanan yg aku x suka makan..mesti dorang dpt agak aku beli kat kedai yang xda sambutan..

Sampai sekarang aku tgk husband x pernah kisah nak tgk news kat tv..dia x kisah pun pasal politik,1mdb ke ape, tukar pm ke ape..janji dia ada pekerjaan untuk dilakukan dan boleh share2 rezeki dengan orang yang memerlukan..raya tahun ni pun kitaorang lebih bsederhana..di fb selalu orang menunjuk paperbag branded yg diaorang beli dgn caption "reward untuk diri sendiri"..x sure paperbag tu nak tuju pada siapa tgk..tapi rasanya x perlula kut..pakai kereta apa..rumah mewah mcm mana..makan pakai baju apa..itu utk kepuasan sendiri...biar sendiri je yang rasa..yg tragisnya ada kawan yg muat naik photo shopping di LaSenza..ohh ok..we all faham before this ko hanya pakai Scarlet yang rm10 tu kan..but..nak tunjuk pada siapa? tu kan baju di dalam..kalau nak tunjuk pada suami tidak perlula di instagram kan..kan..ke aku salah??

N3 ni bukan guna utk menunjuk yang 'eh..mcm ko sorang je baik' tapi bak kata wawancara semalam..kita cerita pada orang supaya memupuk bahawa orang lain pun boleh buat seperti atau lebih dari kita..Allah salurkan pada kita rezeki utk kita tak jadi tamak makan sorang..tapi Allah nak tengok cara kita kendalikan rezeki yang diberi..Aku kadang2 nak menderma pada pengemis..aku kirim pada rakan2 ofis kalau aku tau dorang akan lalu kawasan yang ada pengemis..x banyak kdg2 cuma rm3 je...tapi aku berkongsi pahala dengan orang yang aku kirim..dalam masa yang sama kawan ofis aku yg tolong aku letak dalam cawan pengemis pun dapat pahala juga..senang kan nak cari pahala?

Di kesempatan ini..apa aku nak kata..ekonomi kita tidak stabil sekarang..semua orang dapat agak..kalaula sekarang parlimen dibubarkan..kerajaan pasti bertukar..aku tak tau..tapi aku tengok rakyat dah mula tertekan..ye..rakyat masih makan kfc dan shopping raya..tapi tu semua bukan penanda aras rakyat senang..pasal gst..aku lagi suka kalau kerajaan kenakan cukai senyap2 di belakang..dan apa yg ada di depan kita tu cuma harga barang yang naik..rakyat cuma tahu harga barang naik tapi x tahu meraka adalah pembayar cukai..bila mereka tahu mereka adalah pembayar cukai jadi mereka berhak tahu ke mana wang dibelanjakan..aku? mls nak amik tahu..buat hal sendiri je..

Aku ada beberapa misi kalau aku ada lebihan duit..bukan kalau aku kaya..kaya adalah subjektif..
misi aku ialah nak tolong orang susah kat Malaysia..tolong gelandangan..mereka adalah rakyat yang termiskin di Malaysia..aku nak buat pangsapuri dgn ratusan rumah..dan tempatkan mereka..then jadi mcm jobstreet..carikan mereka kerja yang sekarang diisikan dengan warga asing..x kisahla menukang ke apa..janji dah carikan kerja..kalau x berjaya jugak tu adalah penyakit m..malas..then sediakan satu rumah utk org nak buang anak..korang bole bagi je anak korang dan pergi..aku mls nak tnya psl akidah ke apa..surat beranak or apa2..tinggalkan anak itu dan pergi..dari korang dok buang, kerat and tanam..rumah tu aku nak buat mesra manusia..x kisahla dgn dosa ko..tu antara ko dengan tuhan..tapi anak tu biar aku bela..or bagi kat orang yagn memerlukan..skang ni agaknya org yang buang2 anak ni malu nak letak kat mana2..yela..sah2 sok masuk berita..then kena tangkap pulak kalu dikesan..

Tu je la harapan aku..semoga dipermudahkan..misi dan nawaitu tu penting..terlaksana atau x..kita usaha biar Allah tentukan...

Tuesday 14 July 2015

Iftar Di DSaji KL Titiwangsa


Last weekend, sempat berbuka puasa dgn family uncle aku..uncle ni abang kepada mak aku..

Dsaji KL Titiwangsa ni terletak di Tasik Titiwangsa..yang dulunya Restoran Nelayan..

Pilihan makanan mmg banyak...x habis makan wei..aku rasa kalu makan semua..sure sampai imsak ni..hahahha..tgk kat brochure hampir 90 pilihan makanan..ntah aku x kira pulak...cuma mmg banyak la..

 






2 family..makan sampai habis ye..

 



kambing
cantik kan view?

Overall..food is ok..buat aku nak dtg lagi thn dpn..bkn apa..tmpt luas..jadi x sesak sgt walaupun ramai orang..

Wednesday 8 July 2015

Lemang Pak Ali



yeayy!!! dah 2 tahun x mkn lemang pak ali..arini gigih keluar kejap waktu rehat (x panggil lunch..kalu lunch kena mkn..bulan puasa kena panggil waktu rehat..hehe..)


gigih redah mrr2 arini..x ramai orang pun tengah2 hari ni..ni kalu x pi awal..xkan sanggup nak redah jem lepas keje..x pun kalu pi sehari sebelum raya..lagi la...makan jem dulu baru mkn lemang..aku beli 2 btg lemag je yg harga rm12..paling murah rm10..paling mahal tadi nmpk rm16..pilih la mana2..x sabar nak makan berbuka...bye2..

Tuesday 7 July 2015

Kawin Dgn Suami Dapat Suami la..hahaha


Lately ni aku rajin jugak follow citer Bidadari mlm2 tu..ada 1 scene tu laki dia mcm nak bahagi2kan company/restoran utk anak2 kandung dia jaga..yang skang ni dia ada bini baru..ehh..korang tgk la..aku mls nak citer..kiranya company/restoran tu bagi kat anak2 tiri pompuan ni la..then pompuan tu tnya 'habis bang..saya dapat apa..?' pastu lelaki tu jawab..'awak kawin dengan saya..awk dapat saya la' hahahha..walaupun episod ni dah lama..hari2 aku ingat..dialog tu buat aku lebih bersyukur..aku rasa sepanjang aku kawin dgn laki aku..aku x pernah salah gunakan apa yg aku terima..aku x pernah demand lebih utk beg berjenama, x pernah minta harta, even aku  x pernah minta barang emas..aku tau laki aku byk support pusat2 tahfiz dan anak2 yatim..kadang2 monthly aku rasa  dorang  dpt lebih dari apa yg aku dapat...dia pun spend byk utk famili aku every month..asalkan dia leh menjaga family aku pun da kira bersyukur..lagipun aku still kerja..salary yang ada utk bayar rumah yang parents aku duduk..selalu kalau nak beli apa2..aku akan guna duit sendiri..x yah minta pun..dah biasa berdikari..tu yang ayat dlm drama tu mengajar aku untuk lebih bersyukur..dapat suami..dapat kawin..hidup selesa walaupun tidak dibenarkan bermewah..masa mula2 kawin selalu husband nasihat..kita bukan selalu ada duit..jgn pakai duit mcm confident esok boleh dapat duit lagi..rezeki esok lusa kita x tau lagi mcm mana..and dikurniakan zuriat..semuanya dah cukup utk kami sekeluarga bersyukur apa yg ada..

Sunday 5 July 2015

Bentuk Muka Bumi India


Flash balik trip awal tahun aritu..ada scene yang aku nak share dgn korang..kejadian dan ciptaan Allah Yang Maha Besar..

Masa flight masuk ke sempadan India, aku pandang bawah..SubhanAllah..







Aku x pasti berpenghuni atau x kawasan tu..tapi pemandangan dari atas yg menakjubkan..

Thursday 2 July 2015

Buffet Ramadhan

Alhamdulillah..hari ni masuk ramadhan yang ke 16. Ckp pasal ramadhan, ramai juga di antara kita yg sempat berbuka di luar..byk tawaran buffet yang best2 dan harga for sure ikut harga tempat and kuantiti pilihan.

Aku berkesempatan utk attend 2 jemputan iftar. Satu di Flora Cafe which organized by my husband office and 1 lagi di KL Convention Ctr by SPE(Society of Petroleum Engineers). Tahun ni mcm x berapa nak 'galak' sgt mkn buffet..1 sbb aku mmg tgh control mkn..sbb apa tau..sbb aku pilih jubah utk pakai raya 1. Then kalu aku x kawal wieght aku...masa pagi korang nmpk lagi aku pakai dress jubah..then bila petang tu setelah mentekadarah dlm 10 buah rumah sedara.. dress jubah tu telah jadi baju maternity..hahahahhahhahaha

Then 1 lagi sbb aku cam x prefer buffet ialah sbb kat sini la salah satu punca pembaziran berlaku. Contohnya sebelum berbuka, kita akan ambil mcm2..then end up kita x sentuh pun makanan tu. Semua dok kenyang air. kan? Tu sbb kalau boleh aku akan bawa family aku termasuk adik2 aku utk join, sbb makanan sama2 pakat habiskan. Cuma smlm je aku attend iftar dgn husband. Alih2 nasi briyani dgn lauk2nya terbuang mcm tu je. Segan aku ngan waiter angkat pinggan tu. Ni sebabnya sebelum aku amik nasi tu, aku da mkn sate, yong tau foo, kuih, pengat pisang, lemang, ketupat, rendang..then nasi tu aku pandang je...skip nasi pi amik pisang goreng, cempedak goreng, cendol..then nasi and lauk semua dok tunggu turn depa. Time2 ni rasa menyesal..teringat anak2 kat syiria..anak2 orang susah yang lain..kalau kat luar negara tu..beras sebiji jatuh tepi jalan pun depa kutip lagi..huwaaa....





Sayu tgk dorang ni..semoga syurga tempat mu nak..aku ni kalu ammar & izzat bazir makanan pun aku marah..tp depa tu baru 2 thn and 1 thn..apa yg dorang tau psl membazir..biskut mkn sikit buang..nasi mkn sikit x nak..nak main je..ni kalu dorang da besar aku mmg tunjuk gmbr ni kat dorang..tp kecik lagi..x tau apa2..huhuu..

Ok..iftar di flora cafe aritu yg smpt snap..aku bwk 10 orang famili termasuk ipar..2 orang lagi xda..

nmpk byk kan? tapi habis ni..sbb ramai..

ni lak kat KLCC smlm..majlis disertai dgn rumah2 anak yatim

yg logo2 bawah tu..company yg sponsor iftar ni

time ni kul 7..x ramai org lagi

abc sebelah meja aku..x sempat mkn...sbb dah kenyang

yong tau foo sedap..

nasi & lauk2

Ada banyak lagi section..aku x amik gmbr..ada desert, sate, lemang, ketupat, goreng-gorengan dan mcm2 lagi..mls aku nak snap byk2..karang org kata aku ni x pnh jumpa makanan..Iftar Buffet ni membazir part mana tau..part makanan yg dihidang x abis..kebanyakkan hotel hidangkan makanan and ada balance for sure tetamu x leh tapau..then pekerja2 pun x leh bungkus balik..kalau nak dorang kena mkn kat situ jugak..bukan apa..ni berkait rapat dgn menjaga mutu makanan and nama baik..cth korang take away ayam percik..senyap2 masuk bekal (ceh..bawak bekal siap2..haha) Sok  sahur korang panaskan..kalu still ok x pela..cuba korang rasa cam elok lagi tiba2 x elok dah..sok cirit..then korang yang kepoh ni terus viralkan kat fb 'HIDANGAN BUFFET HOTEL MELETOPS SEDIAKAN MAKANAN BASI' padahal korang yang bawak balik kan..kan..kan..tulah harap2 kita ni leh la makan sampai habis..aku x dala ckp jgn pegi mkn buffet..sbb sekali sekala apa salahnya kan..tapi HABISKANNNNN!!!!