Tuesday 2 June 2015

Kakitangan MAS diberhentikan kerja!

ammar and nenek di academy mas (sekadar gambar hiasan) hehe..

Sebelum tu..alhamdulillah..adik aku diberhentikan tapi diterima semula meneruskan perkhidmatan di MAB-Malaysia Airlines Berhad yang sebelum ni ialah Malaysia Airlines System Berhad..Kelak MAS tidak akan ada lagi di senarai bursa saham..

Hari Isnin aritu kebetulan aku mc..duduk umah mami..so aku dapatla surat tu..zures da pesan..kalau dtg dgn 2 sampul maknanya x kena berhenti..aku buka plastik pos laju tu..aku tgk 2 sampul..so, x la bdebar sangat nak baca..

Hmm..sebagai bukan staff MAS...aku rasa intipati surat tu mmg sedih..walaupun 6000 orang yang lain dapat isi surat yang sama..tapi aku rasa penulisan tu dibuat dengan berhati2 dan sentimental..sedih aku baca..tulis dlm omputih..tapi aku translate part yg buat aku sebak sikit..'semua pekerja adalah yang terbaik..tapi kita tidak mahu mencari siapa yang menang..siapa yang kalah...'

Ok..apa yg aku nak ckp skang..lepas tu ada byk viral kat fb tentang nasib luahan rasa staff yg kena buang..aku mcm eh...tarikh terima surat tu ialah 1.6.2015..then tarikh abis perkhidmatan korang ialah 31.8.2015..

Ada sorang blogger ni husband dia salah seorang yang kena terminated..pampasan dia dapat dlm 23k dgn pendapatan kasar dia dpt 2k lebih setiap bln dan telah bekerja 7 thn..Dia telah menjual balik sebahagian brg2 elektrik rumah..dan astro akan disambung bayar oleh ibunya..mereka sepakat nak balik kampung duduk dengan family bagi kurangkan kos..aku mcm eh..ko ada masa lagi 3 bulan utk cari keje dan dpt gaji ko mcm biasa..dlm tempoh 3 bln kalu ko x dpt keje..ko ada 23k..aku x da la nak kata cari keje tu senang..tapi kat jobstreet tu berlambak je..kat opis aku ni pun ada..23k dia dapat tu bersamaan gaji monthly dia 11 bulan..maknanya kena berenti 3 bulan lepas notis..then dia ada 14 bulan utk cari keje..jangan ckp skill yang ada hanya utk MAS je ek..utk ground staff aku rasa x da mslh nak cari keje mana2..mcm jaga kaunter tu leh try bidang lain mcm masuk admin..prob cuma pada pilot je..sbb xkan skill bawak pesawat tu nak guna utk teksi kut...haha..nape aku raise isu dia kat sini..sbb dia bubuh perkataan f**k dlm n3 dia..means aku rasa utk apa??? but aku x nafikan if kalau yang kena buang tu org tua..means 40 tahun ke atas..mmg mcm susah sikit la..but if u all still x smpai umur 35 tahun lagi COME ON!!! THINK POSITIVE AND GET UR LIFE BACK!!

Aku x kisah pasal apa2 statement yg dikeluarkan..tapi semua staff sedia maklum akan diberhentikan..hanya 14k je akan diterima balik..then bukan ke korang patut buat persediaan dari dulu..adik aku pun risau dulu..tapi kitaorang advice xpe..sbb dia ada degree and boleh je keje ofis..korang sedia maklum kan MAS rugi berjuta dari beberapa tahun lepas..korang tau kan korang bekerja dengan company yang x untung tiap2 tahun) tambah pula dengan kejadian MH370 dan MH17...pampasan lagi..Then? awat buat statement mcm korang teraniaya...hoho..aku dari dulu mmg selalu back up MAS since Air Asia tutup gate utk family aku..aku naik flight dlm 7 orang..hanya 2 orang lepas..then bapak aku yg jln lmbt sbb kurang sihat dia terus ckp gate close..sbb xnak tinggalkan family..aku masuk balik ke balai perlepasan tu..then staff tu ckp 'sorry kitaorang x boleh lepaskan ayah cik..dia jalan lambat..by the time dia sampai da lewat' blurgghhhhh then kitaorang pi beli ticket lagi yg harga utk semua cam nak pi korea..padahal domestik je pun..aku suka MAS sebab hospitality..aku rasa steward and stewardess tu mcm family aku..sbb dorang buat kita comfort..mostly aku travel naik MAS tapi kalu trip ke Bandung or domestik..aku still boleh bertolak ansur dengan Air Asia..hahahha

Aku simpati dengan nasib 6000 pekerja..ada yang menangis..tapi nak buat mcm mana..dari Ogos 2014 kita da sedia maklum akan jadi mcm ni...Semua beranggapan tmpt keje stabil..tapi sayangnya kita sendiri kena keluar dari zon selesa kita..Aku doakan korang cepat dapat kerja baru..amin..

Pe2hal pun harap semua staff yang kena terminate sabar dan gigih mencari rezeki di tempat lain..kita kena selalu ingat REZEKI datang dari ALLAH..bukan salah si Christoph Mueller!


Ini ada lah petikan dari email Dr. Azizan Osman..

Khas Buat 6,000 Kakitangan MAS Yang Diberhentikan Kerja!
Beberapa hari ini agak heboh tentang pemberhentian kerja 6,000 kakitangan MAS secara serta-merta dan saya ingin mengucapkan takziah buat anda yang terlibat tetapi pada masa yang sama saya juga ingin mengucapkan tahniah.
Tahniah kerana jika anda melihatnya sebagai satu peluang untuk anda mengorak langkah membina kerjaya atau perniagaan baru yang lebih baik lagi Insya-Allah.
Beberapa hari lepas ketika saya di kaunter MAS di KLIA, saya sempat bertanya seorang akak yang menguruskan kaunter check-in di situ tentang pemecatan yang bakal berlaku. Beliau menjawab, jika beliau kena pecat, beliau akan terima dengan redha dan bersyukur. Komen beliau adalah pasti ada rezeki lain yang lebih baik yang Allah swt akan beri nanti.
Wow! Saya terinsaf sebentar mendengar komen yang positif tersebut kerana saya fikir jika ada 6,000 orang sedang menunggu masa untuk "dibuang", persepsi yang mungkin berlaku adalah mereka akan menjadi negatif dan komplen dengan pembuangan ini.
Ada 5 perkara penting yang suka saya ingatkan kepada sesiapa yang terlibat dengan VSS (Volunteer Separation Scheme) yakni tawaran diberhentikan kerja sukarela dengan tawaran pampasan atau paksarela dengan pampasan:-
  1. Solat Hajat - Memohon agar Allah swt beri kekuatan dan rancang masa untuk lebih rapat kepadaNya
  2. Syukur - Di atas nikmat sebentar yang dipinjamkan mencari rezeki di tempat tersebut
  3. Yakin - Yakin bahawa pasti ada rezeki lain yang Tuhan aturkan untuk anda
  4. Sangka baik - Teruskan bersangka baik dengan Tuhan
  5. Sediakan diri - Ya, sediakan diri untuk merancang kewangan anda dan buat tindakan segera untuk mendapatkan ilmu tentang bisnes atau pelaburan
Amaran:
Jangan ambil duit untuk terus berniaga atau menyertai mana-mana skim cepat kayap atau apa sahaja perniagaan / pelaburan. Ingat, anda selama ini tidak pernah bisnes atau mungkin tidak biasa dengan risiko-risiko pelaburan yang ada. Jangan terburu-buru membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment